Cari obat supplement disini

10 Khasiat Dari Susu Kambing



 1. Menurunkan Kolesterol

Susu kambing mengandungi protein casein dan lemak tenusu yang berupaya meningkatkan HDL-kolesterol (kolesterol baik), kolesterol baik ini akan bantu menyingkirkan kolesterol jahat dalam darah ketika anda membuang hadas. Kajian yang pelbagai ke atas tikus makmal juga memberi indikasi bahawa susu kambing bersifat hypokolesterolemik yang boleh membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Jika ada masalah kolesterol tinggi, anda boleh mula amalkan minum susu kambing sekarang.  

2. Baik Untuk Kesihatan Ibu Hamil & Kandungan

Kajian yang telah dilakukan ke atas tikus menemukan bahawa, pengambilan susu kambing secara konsisten sewaktu hamil dan menyusu boleh meningkatkan mikrobiota dalam usus anak justeru dapat menghindari mereka dari terkena ekzema, asma dan mencegah kuning ketika baru lahir. Sumber kalsium dan pro
tein yang kaya juga sangat bagus untuk tumbesaran anak dan pemulihan nutrien hilang ibu mengandung.  

3. Nutrisi Untuk Tulang Yang Kuat

Kandungan kalsium dalam susu kambing adalah lebih tinggi daripada susu lembu. Selain itu, ia turut kaya dengan vitamin D yang sangat baik untuk penyerapan kalsium ke dalam tulang dan juga protein CSN1S2, sejenis protein yang berfungsi sebagai agen anti tulang rapuh atau osteoporosis. Ia juga dapat mengelakkan daripada terjadinya fenomena tulang menjadi lembut atau bone demineralization. Dalam satu ujian klinikal terhadap tikus yang menghidap rheumatoid artritis, komponen protein dalam susu kambing berupaya untuk memberi kesan anti-osteoporosis terhadap penyakit ini.  

4. Bagus Untuk Aktiviti Pencernaan

Susu kambing mengandungi protein dan lemak susu yang lebih halus berbanding susu lembu membuatkan ia lebih mudah dihadam, justeru kurang menghasilkan masalah cirit-birit yang sering berlaku kepada mereka yang mengalami lactose intolerance bila mengambil susu lembu kerana badan tidak berupaya mencerna laktosa. Kandungan prebiotik di dalamnya juga sangat baik untuk kesihatan usus. Prebiotik adalah bahan yang mempunyai fungsi penting untuk meningkatkan jumlah probiotik atau bakteria baik di dalam kolon justeru memberi pelbagai manfaat seperti membantu sistem pencernaan badan untuk berfungsi dengan baik, tingkatkan imunisasi dan juga membantu penyerapan mineral ke dalam badan. Kandungan oligosakaridanya yang berperanan sebagai prebiotik menjadikan susu kambing sebagai sumber prebiotik yang sangat bagus.  

5. Rintangan Tubuh Melawan Penyakit

Mahu menaikkan antibodi atau meningkatkan sistem imun secara semula jadi? Susu kambing adalah jawapannya. Kandungan selenium dalam susu kambing berupaya meningkatkan sistem pertahanan badan justeru mengelak sering terjadinya demam-demam, selsema atau penyakit berjangkit yang lain. Malah terdapat juga kajian susu kambing dapat mengaktifkan rembesan nitrik oksida daripada sel darah yang memberi kesan anti-bakteria justeru menghalang terjadinya jangkitan penyakit.  

6. Cegah Anemia

Susu kambing mempunyai bioavailability iron yang tinggi yang membawa maksud dapat meningkatkan mengambilan serta penyerapan zat besi ke dalam dalam tubuh justeru mengelakkan berlakunya anemia, sejenis penyakit di mana sel darah merah kurang dalam darah.  

7. Baik Untuk Kesihatan Otak

Kandungan lipid dalam susu kambing dapat bantu mengurangkan kecelaruan keresahan atau anxiety. Kehadiran conjugated linoleic acid di dalamnya juga sangat bagus untuk perkembangan otak.  

8. Baik Untuk Jantung

Susu kambing merupakan sumber yang kaya magnesium, mineral penting untuk kekalkan denyutan jantung yang normal dan menghalang pembekuan darah dari berlaku. Kandungan medium-chain fatty acids di dalamnya juga lebih banyak jika dibandingkan dengan susu lembu. Medium-chain fatty acids ini bertanggungjawab menurunkan kolesterol dan dapat membantu mengatasi masalah berkaitan koronari.  

9. Mengimbangi pH Tubuh

Berbeza dengan susu lembu yang bersifat asid, susu kambing sebaliknya bersifat alkali kerana mengandungi asid amino L-glutamine yang dapat membantu menyeimbangkan tahap pH dalam badan. pH susu kambing juga sangat mirip dengan susu ibu, menjadikannya susu yang terbaik selepas susu ibu.  

10. Bersifat Anti-Radang

Kandungan oligosakarida dalam susu kambing dapat membantu mencegah keradangan usus, punca berlakunya cirit-birit atau hilang selera makan yang boleh mengakibatkan susut tubuh badan. Ia juga boleh diamalkan untuk merawat inflammatory bowel diseases.   Namun disebalik khasiatnya yang sangat banyak, susu kambing masih kurang digemari kerana stigma baunya yang kurang menyenangkan. Wildan sangat cakna akan isu ini dan berusaha memformulasikan susu kambing organik tanpa hamis menggunakan teknologi khas dari Holland. Zat penting susu kambing masih dikekalkan, cuma tiada lagi rasa yang memualkan.

No comments